Majlis Belia Malaysia 2018, Bangi Revenue

diadakan pada 23 Julai 2018  Anjuran Majlis Belia Malaysia bersama-sama T-Project Paroi bersama-sama komuniti Tamiya Malaysia

bersama komuniti Tamiya Malaysia di Majlis Belia Malaysia

event yang julungkali diadakan ini sempena Hari Belia anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Tamiya Project @ Tamiya Paroi, Seremban , Negeri Sembilan. 

Acara yang diadakan  adalah Semi Technical Track  yang mengumpulkan pelumba-pelumba Tamiya Malaysia dari Seluruh Tanah Air dari Utara Perlis sehingga ke Selatan Johor. 

Program-program belia seperti ini amat diperlukan dalam komuniti sejagat untuk membina kreativiti serta luang masa baik. T-Project me nampilkan hashtag

” Play Tamiya not Gadjet ” 

Dengan adanya program-program seperti ini, belia seluruh negara dapat berhibur sambil bersosial sihat serta mewujudkan kelompok komuniti aktif dalam kalangan belia. Majulah Tamiya Malaysia untuk negara!

Fun Race di adakan di Tamiya Project @ Tamiya Paroi

Sertai fun race seterusnya pada Sabtu Malam. Ajak kawan-kawan, kenalkan pada hobi Tamiya di Tamiya Project di Seremban , Negeri Sembilan

ADAKAH ANDA INGIN MENCUBA HOBI INI DI TAMIYA PROJECT ?

Adakah ini kali pertama anda dengan hobi Tamiya? Jom mulakan langkah pertama anda bersama kami di Tamiya Project @ Tamiya Paroi 

Kami menyediakan kit kereta permulaan, trek untuk bermain dan cuba uji kelajuan kereta di trek pada setiap minggu bersama-sama pelumba lain.

Jika ini adalah kali pertama anda, tidak perlu risau. Saya akan bantu membimbing anda ( tidak kira umur anda 10 tahun ataupun 30 tahun ) , jom kita berhobi dan gembira bersama-sama 

TEMUI KAMI DI SINI @ TAMIYA PROJECT